fbpx

5 lelaki warga China dibayar RM7,000 sebulan buat kerja tipu orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMARASAN (tengah) menunjukan barang rampasan hasil tangkapan sindiket penipuan permainan video dalam talian pada sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri di sini hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM/KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Sindiket penipuan permainan video dalam talian yang didalangi warga China menjadikan sebuah apartmen di Tanjung Kupang, Gelang Patah sebagai pusat panggilan mereka.

Kegiatan sindiket itu yang aktif sejak Disember lalu terbongkar setelah polis menyerbu pusat panggilan tersebut dan menahan lima individu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, berdasarkan maklumat, pihaknya bersama anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Johor melakukan serbuan itu pada 4.30 petang, 27 Februari lalu.

Katanya, dalam serbuan itu, polis membuat tangkapan terhadap lima lelaki warga China berusia 24 hingga 36 tahun.

“Semua suspek mengaku menjalankan aktiviti pusat panggilan bagi sindiket penipuan permainan video ‘Good Game (GG) Arcade’, mereka menggunakan laman sesawang web3.ggarcade.io/stake dan aplikasi Telegram sebagai medium menarik pelanggan.

“Sindiket ini membuat keuntungan bagi setiap tambah nilai oleh pemain menerusi mana-mana tujuh permainan video dengan mencuri ‘mata’ yang sepatutnya dimiliki oleh pemain tersebut,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Kumarasan berkata, kesemua suspek telah menyalahgunakan visa pelawat mereka bagi melakukan kegiatan pusat panggilan yang menyasarkan mangsa dari negara Asia Tenggara.

Katanya, suspek yang berjinak-jinak melakukan penipuan tersebut sejak Disember lalu menerima bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 tidak termasuk komisen tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI