fbpx

Anwar arah pantau harga makanan di Bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Perdana Menteri mengarahkan pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan dipertingkat bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak wajar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara
langsung, di samping memberikan sokongan kepada peniaga-peniaga kecil.

Perkara itu disampaikan melalui Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah hari ini.

“Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, bagi membincangkan isu-isu utama berkaitan kos sara hidup rakyat.

“Dalam pertemuan ini, beliau mengarahkan
KPDN untuk menggandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025,” katanya.

Itu termasuk memastikan pemantauan dilakukan lebih kerap bagi menjamin bekalan barangan keperluan rakyat sepanjang Ramadan dan Aidilfitri
sentiasa mencukupi.

“Perdana Menteri mahu strategi intervensi dilaksana segera bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sekiranya terdapat gangguan bekalan.

“Perdana Menteri turut menegaskan bahawa KPDN perlu lebih tegas dalam memastikan peniaga mematuhi harga maksimum yang ditetapkan Kerajaan, termasuk bagi barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan yang akan diumumkan kelak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI