fbpx

KPT komited bantu pelajar IPT dapat akses internet dan peranti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) komited memastikan semua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mampu mendapatkan capaian internet walau di mana sahaja mereka berada.

Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, beberapa pakej dan bantuan termasuk data internet dan peranti sudah diagihkan kepada pelajar yang memerlukan khususnya daripada golongan B40.

Beliau berkata, Pakej Pelan Data dan Peranti kepada pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) yang dilancarkan sejak 30 Oktober tahun lalu juga sudah dimanfaatkan oleh pelajar.

“Setakat 31 Disember lalu, sebanyak 195,028 pelan data dan 3,773 peranti sudah diedarkan kepada pelajar-pelajar berkenaan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Noraini berkata, sebanyak 3,997 buah komputer riba dan desktop juga sedang dalam proses perolehan oleh kementerian untuk diedarkan kepada pelajar yang terpilih.

Beliau berkata, kementerian juga sedang berbincang dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk memperkenalkan inisiatif pinjaman kewangan di bawah Skim BSN MyRinggit-i COMSIS bagi pembelian komputer riba oleh pelajar IPT.

“KPT melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) juga telah melancarkan satu inisiatif ‘crowdfunding’ melalui Tabung Prihatin Siswa sebagai satu platform bagi mempelawa pihak luar bagi menyalurkan sumbangan.

“Pihak-pihak yang ingin menyalurkan sumbangan mereka, bolehlah berbuat demikian melalui akaun Naybank 5660 1062 2566 atau melalui dalam talian dengan klik pautan di
www.billplz.com/tabungsiswa,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI