fbpx

Kapal angkasa ‘badak air’ mendarat di Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL angkasa Blue Ghost mendarat di Bulan kelmarin. - Foto AFP/Firefly Aerospace

WASHINGTON – Kapal angkasa Blue Ghost milik firma Amerika Syarikat (AS) berjaya melakukan pendaratan di permukaan Bulan kelmarin.

Kejayaan kapal angkasa syarikat milik Firefly Aerospace itu menandakan misi kedua dari syarikat swasta tetapi yang pertama mendarat secara menegak.

Pasukan kawalan misi di Austin, Texas bersorak apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jason Kim mengesahkan bahawa kapal angkasa itu mendarat dengan sempurna.

Sementara itu, angkasawan Apollo 11 yang berusia 95 tahun, Buzz Aldrin meraikan kejayaan pendaratan itu dari rumah dan menyiarkan ucapan tahniahnya di platform X.

Misi itu adalah sebahagian daripada perkongsian perbelanjaan bernilai AS$2.6 bilion (RM12 bilion) dengan industri yang dikenali sebagai Perkhidmatan Muatan Komersial ke Bulan yang bertujuan untuk mengurangkan kos.

Kapal angkasa bersaiz seekor badak air itu dilancarkan pada 15 Januari lalu daripada  roket SpaceX, Falcon 9 dan turut merakamkan imej Bumi dan Bulan yang menakjubkan sepanjang perjalanan sejauh 4.5 juta kilometer. – AFP/AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI