fbpx

Siapa datang tarawih dapat duit RM80

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah masjid di Sumenep, wilayah Jawa Timur diserbu beratus-ratus jemaah untuk menunaikan solat tarawih bagi mendapatkan sumbangan wang tunai sebanyak 300,000 rupiah (RM80), lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Pemberian wang itu dilakukan di Masjid Naqsyabandi yang didirikan Ketua Banggar Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, Said Abdullah.

Menurut laporan Tribun Jateng, pemberian sumbangan itu dilakukan oleh Said Abdullah setiap tahun pada awal bulan Ramadan.

Berdasarkan sebuah video tular, orang ramai dilihat gembira kerana menerima sampul berisi duit 300,000 rupiah.

Menurut penduduk, orang ramai memenuhi masjid sejak pukul 5 petang bagi memastikan mereka mendapat tempat untuk menunaikan solat tarawih.

Bilangan jemaah amat ramai sehingga ada yang bersolat di atas jalan dan memerlukan bantuan polis untuk mengawal keadaan.

Menurut  Said Abdullah, pada hari pertama Ramadan, dia mengagihkan 15,000 sampul berisi wang kepada jemaah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI