fbpx

Sindiket tipu bayar guna kod QR diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara suspek yang diburu kerana menjalankan kegiatan penipuan menggunakan pembayaran melalui kod QR di salah sebuah pasar raya.

PADAWAN – Satu sindiket penipuan menggunakan pembayaran melalui kod QR dikesan membabitkan dua buah pasar raya di sini, yang disyaki dilakukan beberapa individu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd. Irwan Hafiz Md Radzi berkata, setakat ini, pihaknya menerima lima laporan membabitkan kes tersebut pada pukul 4.30 petang semalam.

“Kes berlaku pada 21 Februari hingga 1 Mac lalu melibatkan dua buah pasar raya yang berbeza menyebabkan kerugian kira-kira RM4,900.

“Modus operandi sindiken adalah dengan membuat pembayaran menggunakan kod QR, melibatkan tiga hingga empat orang suspek yang masuk ke premis yang disasarkan,” katanya.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor M. Magenderan di talian 017-335 6810 atau Inspektor Mohd. Hisyam Mohd. Shah di talian 014-666 2855.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI