fbpx

Polis tunggu laporan perubatan kes guru ada hubungan dengan murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika sidang akhbar di IPK Selangor hari ini. Foto AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Polis menunggu laporan perubatan bagi melengkapkan siasatan kes seorang guru lelaki yang didakwa menjalin hubungan dengan murid perempuan berusia 12 tahun di sebuah sekolah di Dengkil.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan itu menjadi dokumen penting sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

Katanya, setakat ini sebanyak enam saksi sudah dirakam keterangannya melibatkan mangsa dan bapanya, seorang guru dan dua pelajar lain.

“Polis turut merampas telefon bimbit milik mangsa dan suspek bagi analisis lanjut. Siasatan hampir selesai dan kita hanya menunggu laporan perubatan daripada hospital sebelum melengkapkan kertas siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Menurut Hussein, hasil siasatan mendapati mangsa merupakan pelajar cemerlang, aktif dalam kokurikulum dan tiada masalah disiplin di sekolah.

Tambahnya, suspek juga tiada rekod salah laku disiplin dan memperoleh penilaian prestasi tinggi sepanjang lima tahun berkhidmat sebagai guru.

“Lelaki itu merupakan seorang duda dan bapa kepada tiga anak,” ujarnya.

Sabtu lalu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mengesahkan laporan polis dibuat bapa mangsa pada 26 Februari lalu selepas menemui mesej mencurigakan antara anaknya dengan guru berkenaan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI