fbpx

Yogurt kelapa Pontian jadi buruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FAUZI (kiri) dan Amirah menunjukkan yogurt kelapa yang dikeluarkan di rumah mereka di Benut, Pontian semalam.

PONTIAN – Benarlah apa yang dikatakan pokok kelapa mempunyai 1,000 kegunaan bermula daripada batangnya, daun kelapa, buah kelapa, sabut, tempurung, air kelapa dan sebagainya.

Perkara itu menjadi pendorong buat pasangan suami isteri, Mohd. Fauzi Md. Said, 37, dan Amirah Abdul Rahim, 35, memperkenalkan beberapa produk berasaskan buah kelapa dari kebun mereka sendiri.

Menurut Mohd. Fauzi, produk utama yang dihasilkan ialah yogurt kelapa yang jarang dihasilkan selama ini, malah makanan tersebut telah memenangi anugerah inovasi pada tahun lalu anjuran Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Katanya, yogurt kelapa yang dihasilkan mempunyai pelbagai perisa seperti strawberri, blueberri, kiwi, mangga dan yang terbaru buah nanas untuk menarik minat terutama kanak-kanak.

“Tiga tahun lalu, sewaktu saya pulang ke kampung harga kelapa di kebun ketika itu kira-kira 35 sen sebiji, tentunya mengecewakan kerana tidak setimpal dengan usaha pekebun kecil selama ini.

“Ini mendorong saya dan isteri untuk mempelbagaikan kegunaan kelapa bermula daripada yogurt seterusnya kepada minyak kelapa dara dan serunding,” katanya ketika ditemui di Benut, di sini baru-baru ini.

Ujarnya, dia memanfaatkan pengeluaran buah kelapa dari kebunnya seluas tiga hektar di Kampung Parit Makuaseng, Benut untuk dijadikan produk tersebut selain dijual dalam bentuk biji.

“Biasanya pengeluaran buah kelapa bagi kebun seluas itu boleh mencapai sebanyak 3,000 hingga 5,000 biji di mana sebahagiannya saya gunakan untuk membuat produk-produk tersebut,” ujarnya yang pernah bertugas selama enam tahun sebagai jurutera telekomunikasi.

Katanya, memandangkan perusahaannya tiada menggunakan peralatan yang moden, dia hanya mampu mengeluarkan 1,000 cawan yogurt sebulan dengan pendapatan kira-kira RM3,000.

Sementara itu, Amirah berkata, proses pembuatan yogurt mengambil masa selama empat hari, bermula dengan memarut kelapa, memerah santan sebelum dimasak pada suhu 80 darjah Celsius bagi membunuh bakteria. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI