fbpx

UCL: Liverpool enggan peduli rekod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL bertekad untuk menamatkan penantian enam tahun selepas kali terakhir bergelar juara UCL pada edisi 2019. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui tidak gentar dengan status Paris Saint-Germain (PSG) selain menyifatkan peluang kedua-dua pasukan terbuka menjelang aksi Liga Juara-Juara (UCL) di Parc des Princes awal pagi esok.

Sebagai rekod, Liverpool kini dalam misi melengkapkan kejuaraan trebel apabila kekal mendahului carta Liga Perdana Inggeris (EPL) selain bakal bersaing dalam final Piala Liga Inggeris (EFL) bulan ini.

Meskipun rekod ketika bertandang di gelanggang keramat PSG tidak begitu memuaskan, Slot optimis pasukannya dapat meraih kemenangan bagi memastikan bekalan positif dapat dibawa sebelum aksi kedua di Anfield minggu depan.

“Pasukan kami tidak takut dengan PSG, tetapi kami tetap menghormati mereka kerana PSG adalah pasukan berkualiti. Saya rasa momentum mereka hampir sama apa yang kita harungi ketika ini terutama di peringkat domestik.

“Saya rasa ini bakal jadi perlawanan yang cukup sengit dan menarik untuk dilihat khususnya bagi peminat neutral dan saya harap pasukan boleh meraih keputusan yang positif nanti,” kata pengendali dari Belanda itu.

Sementara itu, kapten The Reds, Virgil van Dijk mengakui rakan-rakan sudah bersedia sepenuhnya selepas diberikan cuti rehat tambahan oleh Slot susulan ketiadaan perlawanan Piala FA melibatkan pasukan minggu lalu.

“Kita telah diberikan kesempatan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan situasi ini menaikkan motivasi pasukan. Saya jangka perlawanan yang sukar tetapi barisan pemain sudah sedia menghadapi cabaran PSG,” kata Van Dijk. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI