fbpx

Kerajaan cadang perluas kod QR kepada pengembara mulai Januari 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang untuk memperluas penggunaan sistem kod respons pantas (QR) menerusi aplikasi MyBorderPass kepada 63 buah negara di dunia, termasuk pemegang pas jangka panjang bermula 1 Januari 2026.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata buat masa ini pelaksanaan kod QR hanya dilaksanakan untuk rakyat Malaysia sejak dilancarkan 1 Januari lalu.

“Tetapi ‘autogate pasport’ kita sudah benarkan ‘travellers’ daripada 63 negara, termasuk pemegang pas jangka panjang dan juga negara ASEAN untuk menggunakannya,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hasan (PN-Kota Bharu) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Memperincikan maklumat lanjut, Saifuddin berkata, seramai 786,603 rakyat Malaysia telah memuat turun aplikasi MyBorderPass sejak pelancarannya.

“Berdasarkan statistik laluan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2, sebanyak 15 peratus pengembara menggunakan kaunter manual, 60 peratus menggunakan autogate pasport manakala 25 peratus yang menggunakan autogate QR.

“Berjaya atau tidak adalah diukur dari segi purata masa diambil untuk melepasi. Autogate kod QR ini mengambil masa lima saat, autogate pasport 15 saat, manakala manual bergantung berapa panjang orang beratur,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin juga berpendapat bahawa pelaksanaan autogate kod QR ini adalah satu permulaan yang baik dalam memastikan bahawa kawalan pelepasan di pintu masuk negara terutama Terminal 1 dan Terminal 2 berjalan dengan lancar.

Ujarnya, ia penting kerana tahun ini Malaysia bakal menjadi pengerusi hampir 400 mesyuarat peringkat ASEAN melibatkan pegawai, pegawai kanan, peringkat menteri dan ketua-ketua negara.

“Tahun depan, kita akan melancarkan pula Tahun Melawat Malaysia dan jika ini berhasil, kerajaan bercadang untuk memperluaskannya dengan membuat pemasangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan tidak ketinggalan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI