fbpx

‘Boleh je remind public, tapi tak perlu quote retweet’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang doktor perubatan menegur orang ramai untuk elakkan minum air manis ketika berbuka puasa.

PETALING JAYA – Tindakan seorang doktor perubatan dikenali Dr Rafidah Abduillah yang memberi komen terhadap video terbaharu pempengaruh, Khairul Aming mengenai perkongsian menu berbuka puasa menerima kecaman daripada orang ramai.

Melalui ‘quote reweet’ yang dimuat naik menerusi aplikasi X Rafidah72, doktor berkenaan menyatakan bahawa berbuka dengan air kosong juga boleh menghilangkan rasa haus selepas seharian berpuasa malah tiada risiko kencing manis.

Difahamkan, komen tersebut bertujuan untuk menegur orang ramai untuk elak minum air manis daripada terkena sebarang penyakit seperti diabetes.

Situasi itu kemudian mendapat respon daripada netizen yang memberi teguran kepada Dr. Rafidah selain menganggap ‘quote retweet’ kepada perkongsian Khairul Aming sebagai tidak wajar memandangkan pempengaruh itu hanya menjalankan tugasnya sebagai ‘content creator’ untuk berkongsi resepi.

“Boleh je nak remind public tapi tak perlu kut qrt (quote retweet) sini.

“Dah dia memang kerjanya content creator utk (untuk) berkongsi resepi,” kata Goodmeowning_.

“Dia macam ni doc. KA (Khairul Aming) just bagi idea untuk orang lain tukar2 selera waktu berbuka. Nak ikut atau tak itu atas pilihan masing-masing. Selamat berpuasa dan semoga kita semua tak bitter dengan orang lain,” kata Soursystemz.

“Kan elok kalau buat je a different tweet, reminding people that while ramai orang nak minum manis2, its better to drink something that’s healthier & still rasa kenyang. I know u may think it’s hard but surprisingly, it is possible to be healthy & not a joykiller, both at the same time,” tulis Hola_ristia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI