fbpx

[VIDEO] Syed Saddiq akhirnya ‘mengaku’ Bella miliknya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq ketika menyerahkan baju Melayu kepada Anwar di Parlimen hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seolah-olah mengiyakan hubungan cinta dengan penyanyi Bella apabila berseloroh mengatakan wanita itu miliknya.

Perkataan itu diucapkan ketika beliau menyerahkan dua pasang baju Melayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen hari ini.

“Tapi Bella kena ada sebelah,” usik Anwar.

“Jangan kacau tu saya punya, kasi (bagi) chance (peluang) la Datuk Seri,” balas Syed Saddiq.

Video di TikTok itu mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada pengguna terhadap interaksi tersebut.

“Gurauan PMX mewakili rakyat yang tunggu jawapan dari YBSS.. akhirnya YB sendiri mention (menyebut) jangan kacau, tu saya punya, kasi can (peluang) laa.. Adui thanks a lot pmx,” komen Anna.

“Jgn kacau tu saya punya.. ok mummy semua korang dah dengar kan ayat YB,” kata Sofea. – KOSMO! ONLINE

@iammiyi 🤣🤣 #syedsaddiq #bellastillah #fyp ♬ original sound – Chan MiYi 🐢☘️

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI