fbpx

Pengurangan hampir 60 peratus pegawai imigresen dengan adanya sistem QR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin ketika bercakap pada sesi Dewan Rakyat, hari ini. FOTO JAPEN

KUALA LUMPUR – Penggunaan sistem kod respons pantas (QR) menerusi aplikasi MyBorderPass yang dilancarkan pada 1 Januari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan mengurangkan 60 peratus pegawai imigresen.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berbanding 172 pegawai pada satu-satu masa yang bertugas di pintu masuk negara ketika ini, seramai 68 orang sahaja akan bertugas apabila sistem ini dipasang sepenuhnya.

Beliau berkata, disebabkan kurangnya tenaga kerja yang akan dialih ke tempat lain, isu ‘counter setting’ juga dapat diatasi kerana sistem keluar masuk negara sudah bergantung kepada penggunaan mesin.

“Kalau kita nak bercakap tentang isu integriti di pintu masuk, inilah jawapannya. Sebab sistem ini
datang dengan aplikasi kecerdasan buatan (AI) iaitu tahap penggunaan teknologi, pengecaman wajah dan juga anak mata selain daripada biometrik.

“Ini bermaksud tidak ada lagi pegawai yang tunggu di pintu masuk. Jadi isu ‘counter setting’ dengan sendirinya akan dapat kita atasi lah sebab tak ada orang,” katanya pada sesi Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab Datuk Seri Takiyuddin Hasan (PN-Kota Bharu) pada sesi soal jawab lisan.

Sementara itu, menjawab soal keselamatan data, Saifuddin berkata, pasport Malaysia merupakan 10 pasport paling terpercaya di dunia dari segi integriti.

Katanya, apabila pengguna masuk ke sistem MyBorderPass, maklumat akan terakam melalui gambar pasport yang diambil sendiri.

“Paling penting, aplikasi ini membolehkan seseorang sebelum memulakan perjalanan; dia boleh semak dulu status Lembaga Hasil Dalam Negeri dia. Jadi dia tak tersangkut lagi dekat lapangan terbang. Dia boleh semak.

“Kalau ada kes polis yang menghalang dia daripada ke luar negara, dia boleh semak. Dia ada rekod Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau tidak.

“Semua itu adalah ‘features’ tambahan yang membolehkan, memberikan kemudahan maksimum kepada ‘travellers’ apabila sistem MyBorderPass ini kita laksanakan sepenuhnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI