fbpx

Bapa Zalif Sidek meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zalif bersama ibu dan Allahyarham bapanya.

PETALING JAYA – Bapa kepada pelakon Zalif Sidek, Wan Abu Bakar Sidek Wan Abdullah meninggal dunia di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya pukul 7.10 malam semalam.

Zalif atau nama sebenarnhya Md Zalif Naquiyudin, 36, menerusi entri yang dimuat naik dalam Instagramnya memaklumkan pemergian bapanya tengah malam tadi.

“Al-Fatihah. Jenazah arwah ayah berada di rumah di Bangi Avenue. Urusan pengebumian akan dijalankan pukul 10 pagi hari ini (tadi).

“Dengan keadaan sekarang, perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tidak digalakkan melawat, cuma mohon solat jenazah ghaib dan sedekahkan Al-Fatihah,” tulisnya dalam entri tersebut.

 

Tangkap layar status Zalif berhubung pemergian Allahyarham bapanya.

Terdahulu Zalif memaklumkan arwah bapanya yang sudah setahun menghidap kanser paru-paru dikejarkan ke IKN malam Ahad selepas mengadu sesak nafas.

“Kelmarin arwah mengalami sesak nafas selepas makan malam di rumah sebelum dikejarkan ke IKN untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Selepas makan malam, ayah semput dan diberikan guna gas oksigen hidung pun tak jalan. Terus telefon ambulans untuk hantar ke bahagian kecemasan IKN, Putrajaya,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham bapanya pernah menjalani rawatan penyakitnya itu di Hospital Putrajaya dan kemudian menjalani rawatan susulan di rumah sahaja. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI