fbpx

Isteri didakwa belasah suami guna penyapu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Ainasama didakwa memukul suaminya di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

SEREMBAN – Seorang pendandan rambut yang patah kaki kanan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap suaminya menggunakan batang penyapu, alat pemberat dan sebilah pisau pada hujung Februari lalu.

Tertuduh, Sharifah Nurul Ainasama Syed Omar, 40, yang hadir ke mahkamah dalam keadaan bertongkat bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Danial Zafri Zairi, 31, yang merupakan suaminya dengan menggunakan batang penyapu, alat pemberat dan sebilah pisau.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 5 pagi di Taman Iringan Bayu, Seremban pada 26 Februari lalu.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI