fbpx

Ketua sindiket, kekasih antara lima individu didakwa edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua sindiket (berbaju jingga dua dari kanan) bersama tiga ahli sindiket pengedaran dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Sepasang kekasih bersama tiga ahli sindiket pengedaran dadah terbesar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 18 pertuduhan mengedar dadah, awal bulan ini.

Tertuduh melibatkan ketua sindiket, Goh Chee Kuang, 44; dan kekasihnya, Lee Chia Hui, 33; Lye Chang Pung, 39, dan adiknya, Lye Chang Lim, 35; serta Bally Paw Shaw Kiat, 38.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nurmadiana Mamat.

Chang Pung berdepan lima pertuduhan, Shaw Kiat (empat) manakala Chang Lim, Chee Kuang Chia Hui masing-masing tiga pertuduhan.

Mereka secara bersama didakwa mengedar beberapa jenis dadah berbahaya termasuk ketamin dan methamphetamine antara 102 gram (g) hingga 210 kilogram (kg).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Mount Austin, Taman Baiduri dan Taman Setia Indah di sini antara 9 hingga 15 Januari 2021.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah 39B(2) akta yang sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI