fbpx

Lelaki kempunan jual mercun raya RM150,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai jenis mercun yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Dendang Timur, Ketereh dekat Kota Bharu semalam. FOTO IHSAN PGA

KOTA BHARU – Hajat seorang lelaki untuk meraih keuntungan hasil jualan pelbagai jenis mercun bernilai RM150,000 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak kesampaian apabila dia dicekup di sebuah rumah di Kampung Dendang Timur, Ketereh di sini semalam.

Suspek ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari semasa anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu rumah tersebut menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pemeriksaan di dalam rumah itu menjumpai beberapa kotak mengandungi pelbagai jenis mercun yang diseludup dari Thailand.

“Siasatan mendapati, keseluruhan rampasan itu dianggarkan bernilai RM150,000 dan ia disyaki untuk dijual di pasaran tempatan.

“Suspek dan kesemua mercun yang dirampas dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI