fbpx

Lelaki maut dirempuh lori ketika lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang lelaki maut dirempuh lori ketika melintas jalan di Kilometer 21.5, Jalan Melawi-Kuala Besut dekat Kampung Kuala Semerak, Pasir Puteh semalam. FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Seorang lelaki maut dipercayai dirempuh sebuah lori ketika sedang melintas jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Kilometer 21.5, Jalan Melawi-Kuala Besut dekat Kampung Kuala Semerak di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 pagi itu, mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya ekoran tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai secara tiba-tiba melintas jalan menyebabkan sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun dari arah Tok Bali menghala ke Kuala Besut tidak sempat mengelak sebelum merempuh mangsa.

“Mangsa cedera parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkait kemalangan itu boleh berhubung dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Aliah Syafinah Sarudin di talian 013-670 6156 untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI