fbpx

Sibuk kerja, Redza Rosli hanya berbuka dua hari dengan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Redza kini sibuk di lokasi penggambaran drama 50 episode, Dendam Seorang Madu.

SHAH ALAM – Pertama kali menyambut Ramadan sebagai suami isteri, pelakon Redza Rosli terpaksa berkorban masa dengan isteri tersayang, Bella Hanna disebabkan tuntutan kerja.

Menurut Redza atau nama lengkapnya Ahmad Redza Rosli, 33, tahun ini dia sibuk dengan penggambaran drama 50 episod, Dendam Seorang Madu yang masih dalam pembikinan.

“Alhamdulillah produksi beri cuti selama dua hari untuk para pelakon berbuka bersama keluarga. Selebihnya kami akan menjalani penggambaran sepanjang bulan Ramadan ini.

“Saya bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang sangat memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon kerana dia juga merupakan seorang pelakon.

“Kami masing-masing tahu bila waktu yang sesuai untuk kami bertemu di rumah. Selalunya bila saya balik kerja, dia pun sudah selesai tugasnya dan berada di rumah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah Redza, dia tidak risau kerana jarak rumah keluarga masing-masing sangat dekat dan perkara itu membuatkan isterinya boleh pulang ke rumah keluarga pada bila-bila masa untuk berbuka pada saat dia sibuk di lokasi penggambaran.

Berkongsi tentang pengalaman berlakon di bulan puasa, kata Redza tugasnya sebagai pelakon sangat mencabar kerana banyak tenaga yang diperlukan.

“Berkerja ketika bulan puasa sangat merisaukan kerana kalau boleh kita tak mahu tinggal puasa. Drama ini pula bermain dengan emosi. Barisan pelakon pula hebat-hebat. Kena bagi lebih tenaga.

“Saya pula ada masalah gastrik. Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita sengaja nak tinggal puasa. Melainkan ada surat daripada doktor,” ujarnya.

Untuk rekod, Redza dan Bella mendirikan rumah tangga pada 21 Jun 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI