fbpx

‘Power Rangers’ tangkap pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan beberapa pegawai polis memakai kostum Power Rangers ketika menahan pencuri di Brazil. - X

BRASILIA – Sekumpulan anggota polis memakai kostum watak siri televisyen adiwira popular, Power Rangers menangkap seorang pencuri telefon bimbit di sebuah karnival di Brazil, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Adegan pelik itu berlaku berdekatan Taman Ibirapuera, bandar raya Sao Paulo. 

Rakaman dikongsi di media sosial memaparkan anggota-anggota polis memakai kostum Power Rangers menahan suspek di atas tanah. 

Dia digari dan dibawa ke balai berdekatan untuk siasatan lanjut. 

“Kami menemui tujuh telefon bimbit disembunyikan oleh suspek. Semua peranti itu dicuri bersama konconya.

“Kami sedang memburu rakan suspek yang sempat melarikan diri,” kata polis.  

Ini adalah kali kedua polis melakukan serbuan dengan memakai pakaian kostum unik untuk mengenal pasti dan menangkap penjenayah yang menyasarkan pengunjung karnival. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI