fbpx

[VIDEO] Pelaku seksual ditampar dengan selipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek yang ditahan orang awam di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Subang Seksyen U16, Shah Alam.

SHAH ALAM – Tindakan dua lelaki warga Nepal melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita tempatan memakan diri apabila dicekup di Taman Bukit Subang Seksyen U16, di sini baru-baru ini.

Kedua-dua suspek berusia 38 dan 44 tahun itu berjaya ditangkap dengan bantuan orang awam sebelum diserahkan kepada polis dalam kejadian pada 26 Februari lalu.

Insiden tersebut tular menerusi video berdurasi dua minit 39 saat di media sosial dengan suspek ‘dibelasah’ termasuk menggunakan selipar.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira 6.04 petang daripada mangsa yang menyatakan telah diganggu seorang lelaki warga Nepal tidak dikenali semasa berada di bawah blok sebuah pangsapuri.

Katanya, mangsa telah dipanggil oleh suspek sambil memasukkan tangannya ke dalam seluar dan membuat isyarat lucah ke arah pengadu.

“Mangsa telah naik semula ke rumahnya sebelum diekori oleh saspek bersama seorang lagi rakan senegaranya.

“Suspek telah bertindak agresif dengan memegang pintu grill sambil memanggil pengadu keluar dari rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mangsa yang takut kemudiannya telah menghubungi abang saudaranya sebelum suspek berjaya ditahan bantuan orang awam.

Ujarnya, kedua-dua suspek yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

“Kedua-dua lelaki itu kini direman selama 14 hari bermula 27 Februari sehingga 12 Mac depan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Ayu Asliza Othman ditalian 019-399 4871,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI