fbpx

Minta rakyat beli barangan tempatan tetapi Biden pakai Rolex

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIDEN mengangkat sumpah sebagai Presiden AS Ke-46 di Washington pada 20 Januari lalu. - AFP

WASHINGTON – Rakyat Amerika Syarikat(AS) mengambil pusing semuanya tentang Presiden baharu mereka, justeru  penampilan Joe Biden memakai jam tangan Rolex berharga sekitar AS$7,000 (RM28,308)  semasa majlis angkat sumpah  baru-baru ini tidak terlepas daripada pandangan.

Pilihan jam mewah buatan Switzerland itu  menongkah tradisi sebelum ini yang menyaksikan Presiden AS memakai jam tangan buatan tempatan melainkan bekas Presiden bernama Donald Trump.

Biden  tentunya bukan pemimpin AS pertama yang memakai jenama Rolex kerana jam tangan itu menjadi pilihan Dwight Eisenhower, Lyndon B. Johnson dan Ronald Reagan.

Bagaimanapun sejak dari Presiden Bill Clinton, pemimpin AS cenderung memilih jam tangan buatan tempatan untuk tampil lebih patriotik.

Jam Rolex juga dilihat bercanggah dengan slogan kempen Biden yang menyeru rakyat AS mengutamakan produk tempatan.

Clinton sebelum ini memilih jam tangan Timex Ironman, namun, menerima kecaman akhbar The Washington Post selepas majlis angkat sumpahnya pada 1993.

Akhbar tersebut menyifatkan aksesori itu sebagai ‘jam digital plastik setebal bata dan sama kacak dengan buasir’.

Presiden seterusnya,  George W. Bush pulah memakai jam tangan buatan tempatan berharga kurang AS$50 (RM202). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI