fbpx

[VIDEO] Tiga bulan tak jumpa, Cik Epal rindu anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dimuat naik Cik Epal sewaktu bersemuka dengan bekas suaminya, Jofliam untuk mengambil dua anaknya yang sudah tiga bulan tidak bertemu.

PETALING JAYA – Pempengaruh terkenal, Cik Epal kecewa apabila mendakwa bekas suaminya, Jofliam tidak membenarkannya berjumpa anak-anaknya, Han dan Yuki sejak tiga bulan lalu.

Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud mendakwa, dia sudah tidak tertanggung rasa rindu kepada anak-anaknya.

“Dah tiga bulan aku tak berjumpa anak-anak aku. Aku rindu sangat-sangat dekat depa (mereka).

“Sekarang ni memang tak ada cara ke? Patut kena tangkap lah dia ni. Aku call (hubungi) Han pon tiberr Han tak angkat. Aku jerit-jerit panggil nama Han dan Yuki, tapi depa (mereka) tak turun. Logik ke?,” luah Cik Epal di Instagram.

Dalam hantaran yang lain, ibu kepada dua anak itu juga meluahkan rasa kesal dengan tindakan tersebut.

Hantaran itu turut mendapat perhatian rakan selebriti dan pempengaruh seperti Mira Filzah dan Asyalliee.

“Jarang nak komen, tapi entah lah. Melampau,” kata Mira.

“Ya Allah, sampainya hati buat dekat ibu kepada anak-anak dia macam tu,” kata Asyalliee. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI