fbpx

Piala FA: Impian pertahan gelaran lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED tewas berdepan Fulham pada penentuan penalti sekali gus gagal mempertahankan gelaran yang dimenangi musim lalu. - AFP

MANCHESTER – Hasrat Manchester United untuk mempertahankan kejuaraan dalam saingan Piala FA lebur apabila tersingkir di pusingan kelima selepas terpaksa akur tewas kepada Fulham awal pagi semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Old Trafford, The Red Devils boleh dianggap kalah dengan faktor nasib apabila tewas 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat seri 1-1 hingga tamat masa tambahan.

Sebaik tewas, United enggan menoleh ke belakang lagi apabila pengurus, Ruben Amorim mula meletakkan sasaran jangka panjang untuk pasukan itu kembali bangkit dan memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Matlamat kami adalah untuk memenangi Liga Perdana. Saya tahu kami hilang satu demi satu trofi pada musim ini, tetapi kami tidak perlu risau kerana objektif utama adalah untuk kembali menjadi juara Liga Perdana.

“Saya tidak tahu berapa lama masa yang diperlukan, tetapi itulah matlamat kami. Walaupun kecewa berdepan kekalahan seperti ini, tetapi kami perlu meneruskan perjuangan tidak kira apa keadaan sekali pun,” katanya.

Pada perlawanan itu, Fulham mendominasi sebahagian besar permainan apabila memiliki 60 peratus penguasaan bola walaupun United lebih banyak melakukan percubaan tepat ke arah pintu gol dengan sembilan percubaan.

“Selepas ini kami perlu berikan sepenuh fokus terhadap pemulihan kerana masih ada aksi penting dalam saingan Liga Europa. Semua pemain berada dalam keadaan penat kerana bermain lebih 120 minit,” ujar Amorim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI