PUTRAJAYA – Le Meridien Putrajaya yang terletak di lokasi strategik yang mudah diakses oleh penduduk sekitar dan terletak bersebelahan dengan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini bakal menjadi satu destinasi popular sepanjang bulan Ramadan ini.
Selepas membeli-belah untuk persiapan hari raya, apa kata pengunjung boleh melepaskan lelah untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan dan teman tersayang untuk menikmati juadah bufet Ramadan bertemakan Destinasi Rasa: Eksplorasi Citarasa Tempatan dan Antarabangsa.
Gabungan menu klasik dan tradisional dan juga kontemporari bakal memenuhi keperluan dan selera pengunjung termasuk juga bagi peminat masakan Cina dan India serta Barat yang dihasilkan oleh cef-cef berpengalaman serta berkemahiran.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan bersempena review bufet Ramadan baru-baru ini Le Meridien Putrajaya membariskan pelbagai menu istimewa yang dapat memenuhi keperluan pengunjung daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama.
Segalanya tersedia dengan susunan yang menarik diambil dan layanan ramah mesra daripada kakitangan hotel membuatkan pengunjung selesa untuk membuat pilihan dan menjamu selera.
Antara menu unik yang perlu dimanfaatkan oleh pengunjung khususnya mereka yang rindukan masakan di kampung halaman mereka di Sarawak iaitu Umai Sarawak terdapat juga Gulai Kawah ayam, kambing atau daging yang akan di saling ganti sepanjang bulan Ramadan bakal mengubat kerinduan perantau yang tinggal di bandar.
Bagi peminat makanan bergoreng, pastinya cempedak goreng menjadi pilihan utama selain apam balik selain makanan berkaitan mi dan laksa yang menyajikan hidangan mi rebus, pasembor dan juga laksa buyung tidak akan melepaskan peluang untuk menikmatinya.
Tidak perlu tergesa-gesa mengambil semua menu untuk dihidangkan dalam satu masa untuk dihabiskan, jadi pengunjung boleh menikmati hidangan mengikut keutamaan dan kesukaan selain dapat menunaikan solat di surau yang disediakan di hotel berkenaan.
Masa yang terluang kemudiannya boleh juga diisi dengan menjamu selera masakan lain seperti pemanis mulut, buah-buahan segar dan juga minuman panas dan sejuk. -KOSMO! ONLINE
Harga bufet yang ditawarkan adalah RM208 seorang dewasa dan kanak-kanak pada harga RM140 seorang. KOSMO! ONLINE