fbpx

Klopp kekal positif aksi The Reds

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENTENG pertahanan Liverpool gagal menghalang bola sepakan percuma Fernandes (kiri) menerjah ke gawang untuk memberi kemenangan 3-2 kepada United pada aksi Piala FA di Old Trafford awal pagi semalam.

MANCHESTER – Liverpool sekali lagi gagal melepasi pusingan kelima saingan Piala FA buat kali keenam di bawah kendalian Jurgen Klopp sejak ­mengendalikan The Reds pada Oktober 2015.

Kali ini, giliran Manchester United menunjukkan jalan keluar kepada Liverpool yang tewas 2-3 kepada seteru tradisi itu pada pusingan keempat Piala FA di Stadium Old Trafford awal pagi semalam.

Lebih malang, ia adalah kekalahan kedua berturut-turut Liverpool yang terdahulu tewas 0-1 kepada Burnley dan pada masa sama gagal mencatat kemenangan dalam tiga aksi ter­akhir sejak menang 4-1 ke atas Aston Villa awal bulan lalu.

Bagaimanapun, Klopp, 53, tetap mempertahankan prestasi Liverpool kerana masih berjaya mempamerkan aksi positif meskipun tewas.

“Ini bukanlah keputusan yang kami mahukan. Saya akui kami belum berada pada tahap sebenar tetapi pemain telah menunjukkan satu peningkatan positif.

“Pemain sudah berjuang sedaya upaya dan berjaya menjaringkan dua gol. Malangnya pihak lawan yang berjaya melangkah ke peringkat seterusnya kerana meledak tiga gol. Saya gembira kerana banyak aspek positif pada perlawanan ini,” katanya.

Sebagai rekod, kedua-dua gol Liverpool pada aksi tersebut dijaringkan oleh Mohamed Salah, manakala United memperoleh tiga gol melalui Mason Greenwood, Marcus Rashford dan Bruno Fernandes.

Liverpool perlu bangkit me­ngubah situasi jika tidak mahu rekod buruk berterusan menjelang perlawanan EPL seterus­nya menentang lawan sukar, Tottenham Hotspur di Stadium Anfield awal pagi Jumaat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI