MIRI – Polis menangkap tiga lelaki yang disyaki menjalankan aktiviti merekrut kad ATM bagi tujuan melakukan penipuan.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Anak Chabu berkata, tangkapan ke atas kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu dibuat dalam operasi di kawasan Jalan Alpinia Jee Foh 3 Taman MDL Miri kira-kira pukul 6.15 petang kelmarin.
“Pelbagai kad ATM, telefon bimbit, beg sandang serta wang tunai bernilai RM28,677 telah dirampas,” katanya.
Beliau menambah, ketiga-tiga suspek telah direman selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan dengan sebat termasuk denda. – KOSMO! ONLINE