fbpx

Masjid Putra Nilai sediakan tempat asuhan untuk tarawih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kemudahan yang disediakan pihak masjid.

PETALING JAYA – Masjid Putra, Nilai, Negeri Sembilan menjadi masjid terawal yang menyediakan tempat asuhan anak-anak bagi jemaah yang bersolat tarawih di masjid tersebut sepanjang Ramadan ini.

Melalui satu perkongsian di laman sosial ketika ini, masjid tersebut menyediakan ruang khas terbabit bagi memudahkan ibu bapa yang susah untuk meninggalkan anak mereka di rumah.

Inisatif tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para jemaah sejak bilik tersebut dibuka semalam.

Orang ramai yang telah mencuba perkhidmatan tersebut turut meninggalkan komen di laman sosial dan ternyata ramai yang berpuas hati dengan persediaan yang dilakukan oleh pihak masjid itu.

“Ya saya sudah pergi semalam, pihak masjid siap sediakan pengasuh yang akan mengawal anak-anak kita sepanjang kita mengerjakan terawih,” kata Izzman Hafis.

“Tahniah pihak masjid, tiada lagi alasan dalam beribadat. Sebulan ini boleh pergi ke masjid, tiada lagi alasan. Harap ada masjid lain yang ikut sama dengan perkhidmatan ini,” kata Wan Hamidah Wan Hamid. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI