fbpx

Penunggang basikal maut bergesel dengan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA maut di lokasi kejadian selepas basikal dinaiki bergesel dengan sebuah lori treler di Jalan Kuantan-Kemaman, Kuantan.

KUANTAN – Seorang penunggang basikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di persimpangan Hotel Royal Chulan, Cherating, Jalan Kuantan-Kemaman di sini hari ini.

Mangsa, Abu Hanifah Yusof, 60, dari Kampung Cherating Baru, di sini, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang basikal dari arah Kemaman ke Kuantan dipercayai hilang kawalan sebelum bergesel dengan bahagian sisi kiri lori treler terbabit.

“Akibat pergeseran itu, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI