fbpx

300 ekor ayam golek RM1 habis dalam masa setengah jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 300 ekor ayam golek yang dijual dengan harga RM1.

ALOR SETAR – Hanya dalam tempoh setengah jam, 300 ekor ayam golek yang dijual dengan harga RM1 oleh sebuah restoran di sini, habis dijual kepada orang ramai yang menyerbu lokasi tersebut.

Pemilik sebuah restoran di sini, Mohamad Amri.Mhd. Shukri, 29, berkata, dia tidak menyangka tawaran dibuatnya itu mendapat sambutan luar biasa dengan ada antara pengunjung yang hadir seawal 12 tengah hari bagi mendapatkan nombor giliran.

“Kami mula menguar-uarkan mengenai penjualan ayam ini kira-kira seminggu lalu di media sosial dengan memaklumkan orang ramai boleh beratur pada pukul 2 petang dan edarannya akan bermula pada pukul 4 petang.

“Namun bermula pukul 12 tengah hari tadi, orang ramai sudah mula hadir dan beratur bagi mengambil nombor giliran. Apabila kami mula edarkan nombor pada pukul 2 petang, dalam tempoh setengah jam saja nombornya sudah habis.

“Keadaan itu menyebabkan ada sebahagian pengunjung yang tidak dapat membeli ayam pada harga tersebut” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, tindakan menjual ayam golek pada harga RM1 pada hari pertama Ramadan itu dibuat bagi mempromosikan bazar Ramadan yang menempatkan sebanyak 77 gerai di sekeliling restoran berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI