fbpx

Lelaki buat pull-up atas wayar elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki bergayut pada wayar elektrik tanpa memakai baju di India. - Instagram

NEW DELHI – Satu klip video tular di India memaparkan perbuatan bersahaja seorang lelaki melakukan senaman ‘pull-up’ dengan bergayut pada wayar elektrik, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @fitnesshaven_official menunjukkan lelaki itu bergayut pada dua wayar, menyebabkan dia ‘tergantung’ di udara. 

Perbuatan itu malah dilakukan tanpa memakai baju dan hanya berseluar pendek. 

“Tidak kira di mana, teruskan berlatih,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 2.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. 

“Berlatih dengan kematian,” kata seorang netizen. 

“Bina otot sebelum ‘dipanggang’,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI