fbpx

Imam buat ‘live’ TikTok sambil solat tarawih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang imam menunaikan solat tarawih sambil membuat ‘live’ di TikTok. - Instagram

JAKARTA – Seorang imam di Indonesia menerima kecaman ramai selepas mengimamkan solat tarawih sambil melakukan penstriman ‘live’ di platform TikTok, lapor portal berita Abatanews semalam. 

Rakaman dimuat naik di media sosial memaparkan orang ramai memenuhi ruang masjid untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah. 

Situasi menjadi aneh apabila imam itu membuat siaran langsung sambil memimpin solat tarawih serta turut menerima pelbagai jenis animasi ‘GIF’.

Siaran langsung itu menerima 6,000 tontonan dengan rata-rata netizen mengkritik perbuatan imam tersebut kerana boleh menghilangkan khusyuk dan membatalkan solat. 

“Baru hari pertama puasa, sudah ada manusia yang pelik,” kata seorang netizen. 

“Adakah 6,000 penonton itu tidak pergi solat tarawih?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI