WASHINGTON – Syarikat gergasi perbankan Amerika Syarikat, Citigroup memindahkan lebih AS$80 trilion (RM360 trilion) ke dalam akaun seorang pelanggan secara tidak sengaja, lapor akhbar Metro UK semalam.
Jumlah sebenar yang sepatutnya dikreditkan hanyalah AS$280 (RM1,250).
Kejadian berlaku apabila dua pegawai secara tidak sengaja meluluskan jumlah itu sebelum ia disahkan untuk pemindahan pada hari berikutnya.
Kesilapan itu bagaimanapun dikesan oleh pegawai lain selepas melihat baki keseluruhan pada paparan skrin gergasi Wall Street.
“Sistem kawalan kami berjaya mengenal pasti kesilapan input dalam dua akaun lejar dan segera membatalkan transaksi.
“Transaksi sebesar ini seharusnya tidak boleh dilaksanakan,” kata jurucakap Citigroup. – AGENSI