fbpx

Sorok rokok seludup RM2.7 juta dalam rumah sewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah MPV jenis Toyota Vellfire yang digunakan untuk mengangkut rokok seludup disita dalam serbuan di Kampung Peringat, Kota Bharu pada minggu lalu. FOTO IHSAN KASTAM

KOTA BHARU – Taktik penyeludup yang menjadikan sebuah rumah sewa sebagai lokasi transit untuk menyimpan sebanyak 160,000 karton rokok seludup bernilai lebih RM2.7 juta terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyerbu kediaman tersebut di Kampung Peringat di sini pada minggu lalu.

Serbuan dijalankan kira-kira pukul 11.30 malam pada 19 Februari lalu di rumah itu turut menyita sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang dipercayai dijadikan pengangkutan untuk membawa rokok seludup.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, pemeriksaan di dalam rumah itu membawa kepada penemuan sebanyak 3.19 juta batang rokok seludup di dalam 320 kotak.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di dalam sebuah MPV Toyota Vellfire turut menjumpai sebanyak 30 kotak yang berisi sebanyak 30,000 batang rokok seludup yang sama.

“Kesemua rokok yang dijumpai di dalam rumah dan kenderaan itu dianggarkan bernilai RM573,094 dengan cukai sebanyak RM2.1 juta.

“Siasatan mendapati, penyeludup menjadikan rumah sewa sebagai tempat untuk menyimpan rokok seludup,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, rumah tersebut tidak berpenghuni semasa serbuan dijalankan dan tempoh penyeludup menjadikan kediaman itu sebagai lokasi transit penyimpanan rokok seludup juga masih dalam siasatan.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati, kesemua rokok seludup itu dipercayai untuk dijual di pasaran Kelantan.

Tambahnya, suspek yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan itu masih diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI