fbpx

Fasa pertama genjatan senjata tamat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak berjalan di kawasan kejiranan yang dihiasi sempena bulan Ramadan di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza kelmarin. - AFP

BANDAR GAZA – Fasa pertama gencatan senjata yang menyaksikan berpuluh-puluh tebusan Israel dan ratusan tahanan Palestin dibebaskan berakhir semalam, dengan rundingan peringkat seterusnya masih belum ditentukan. 

Saluran berita CNN melaporkan, Israel mahukan fasa diteruskan yang melibatkan pertukaran tebusan untuk pembebasan berterusan tahanan Palestin.

Kira-kira 24 tebusan Israel dianggarkan masih hidup di Gaza. 

Hamas pula berkata, rundingan fasa kedua perlu melibatkan pengunduran sepenuhnya tentera Rejim Zionis dari sebahagian Gaza dan penamatan konflik itu secara kekal. 

Susulan rundingan semalam, Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, Tel Aviv menyokong cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk melanjutkan gencatan senjata semasa bulan Ramadan dan cuti Yahudi. 

Lanjutan gencatan senjata itu akan bermula dengan pembebasan separuh daripada baki tebusan Israel yang masih hidup dan meninggal dunia di Gaza. 

“Pada hari pertama rangka kerja, separuh daripada tebusan yang masih hidup dan meninggal dunia akan dibebaskan. Jika persetujuan dicapai, tahanan Palestin yang masih hidup dan meninggal dunia turut dibebaskan,” demikian menurut kenyataan Netanyahu. 

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem menyifatkan cadangan untuk melanjutkan gencatan senjata seperti cadangan AS ‘tidak menunjukkan tanda-tanda fasa kedua akan bermula’.

“Israel mahu mendapatkan semula tawanannya sambil meneruskan pencerobohan terhadap Semenanjung Gaza. Ia bercanggah dengan syarat perjanjian. 

“Melanjutkan fasa pertama mengikut cara yang dicadangkan tidak boleh diterima oleh kami,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI