fbpx

Bengkel terbakar, dua lelaki melecur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki mengalami kecederaan dalam kejadian bengkel terbakar di Klang petang tadi

 

KLANG – Dua lelaki melecur dalam kebakaran melibatkan sebuah bengkel kenderaan di Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.54 petang.

“Pemeriksaan mendapati api marak di tingkat bawah premis berkeluasan 22×80 kaki persegi yang digunakan sebagai bengkel membaiki kenderaan. Kebakaran memusnahkan tiga buah kenderaan dan bahagian ruangan bawah bangunan terbakar hampir 85 peratus,” katanya.

Ahmad Mukhlis, dua lelaki yang cedera dalam kejadian itu melecur 75 peratus, namun dentiti mangsa belum dikenal pasti dan punca sebenar kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI