JAKARTA – Orang ramai menyerbu gerai untuk membeli ayam mentah walaupun berlaku kenaikan harga pada hari pertama Ramadan.
Situasi itu dirakam di Pasar BauntungKota Banjarbaru, wilayah Kalimantan Selatan, lapor portal berita Banjarmasinpost hari ini.
Seorang peniaga ayam dikenali sebagai Ilham mengaku bahawa jumlah pembeli meningkat pada awal Ramadan.
Katanya, bilangan pembeli akan kembali meningkat menjelang Hari Raya Aidilfitri selepas merosot pada pertengahan bulan puasa.
“Kalau sampai lebaran biasa lebih (ramai pembeli),” ujarnya.
Dia menyatakan harga jualan ayam juga meningkat.
Harga ayam sekilogram ialah 24,000 rupiah (RM6.45) dan bagi setiap ekor ialah antara 55,000 rupiah (RM14.80) hingga 65,000 rupiah (RM17).
“Kenaikan harga daging ayam ini berlaku sejak tiga hari lalu,” ujarnya. – AGENSI