fbpx

Lebih 245,000 balik kampung sambut Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail orang ramai menaiki kereta api di Tegallua, Bandung.. - Foto AFP

JAKARTA – Seramai 245,127 orang menaiki kereta api pulang ke kampung halaman untuk menyambut Ramadan bersama keluarga masing-masing, lapor portal berita Detikcom hari ini.

Jumlah itu adalah berdasarkan kepada jualan tiket mulai semalam hingga esok.

Menurut Naib Presiden Hal Ehwal Awan PT Kereta Api Indonesia, Anne Purba, seramai 125,008 daripada 246,127 penumpang itu menggunakan perkhidmatan kereta api jarak jauh semalam.

Seramai 69,719 penumpang lagi menggunakan perkhidmatan kereta api itu hari ini dan 51,400 lagi esok.

“Angka ini akan terus bertambah kerana tiket masih dijual,” kata Anne.

Anne Purba menyatakan, penggunaan kereta api untuk pulang kampung merupakan fenomena biasa menjelang dan pada awal Ramadan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI