fbpx

Yayasan Bank Rakyat bantu 400 pelajar B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar menyampaikan bantuan persekolahan sambil disaksikan Syaiful Rizal pada majlis penyerahan di Beruas hari ini.

PETALING JAYA – Sebanyak RM40,000 diperuntukkan bagi membantu seramai 400 pelajar daripada keluarga B40 dalam program bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat (YBR) yang berlangsung di Beruas, Perak, hari ini.

Bantuan yang disalurkan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Beruas itu bertujuan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.

Majlis penyerahan bantuan disempurnakan Ahli Dewan Negara, Datuk Dr. Azhar Ahmad, turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Azhar dalam kenyataan memberitahu, beliau mengucapkan penghargaan kepada YBR atas sokongan berterusan dalam membantu golongan kurang berkemampuan khususnya di sekitar Beruas.

“Saya berharap YBR akan terus maju jaya dan dapat membantu program-program yang berunsurkan pendidikan dengan lebih banyak terutamanya di sekitar kawasan Perak ini,” katanya.

Sementara itu, Syaiful Rizal berharap bantuan ini dapat membantu ibu bapa menggantikan keperluan sekolah anak-anak mereka.

“Bantuan ini merupakan tanda kasih sayang YBR dalam menyantuni mereka yang memerlukan dan memberi semangat kepada pelajar-pelajar sekolah untuk mendapatkan keputusan cemerlang serta mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung ibu bapa,” ujarnya.

Sepanjang tahun lepas, seramai 31,865 murid sekolah telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.46 juta yang melibatkan 83 lokasi di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI