TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang pemain golf terkenal mengundang perhatian ramai kerana menghalau seekor aligator yang muncul di sebuah padang golf, lapor akhbar New York Post kelmarin.
Kejadian berlaku pada Kejuaraan PGA ketika Billy Horschel berjalan ke lubang ketujuh di Cognizant Classic dalam negeri Florida.
Penonton mula panik dan menjerit ketakutan selepas aligator itu muncul di padang golf dan menghampiri mereka.
Rakaman dimuat naik di laman X memaparkan Horshel mengambil batang golf miliknya lalu menolak aligator itu. Reptilia tersebut kemudian berundur ke dalam air.
Keberanian Horshel membuatkan orang ramai kagum dan bertepuk tangan.
“Saya tidak takut pada aligator. Pemangsa itu sebenarnya lebih takut kepada manusia.
“Aligator akan mengejar anda dan lebih agresif hanya semasa musim mengawan,” kata Horschel. – AGENSI