fbpx

Lebih afdal masak sendiri, dapat jimat duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Menyediakan masakan berbuka sendiri di rumah adalah lebih afdal daripada membeli makanan di luar dan menjadi satu ibadah sekiranya seseorang umat Islam itu berniat baik serta ikhlas semasa menyediakannya.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohd Sukki Othman berkata, selain dapat menjimatkan wang, memilih memasak sendiri di rumah juga mampu mengawal kua­liti serta keberkatan makanan yang dimakan.

“Paling penting adalah pastikan makanan yang kita makan adalah halal lagi baik sebagaimana firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 168: “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu”.

“Memasak sendiri memboleh­kan kita mengawal kuantiti makanan yang dimasak mengikut keperluan keluarga sekali gus dapat memastikan bahan yang digunakan adalah segar dan halal tanpa ragu-ragu.

“Makanan yang dibeli di bazar atau restoran pula kadang-kadang berlebihan dan tidak habis dimakan, akhirnya terbuang.

“Malah, kadang-kadang makanan yang dibeli di luar tidak menepati piawaian kebersihan atau mengandungi bahan berlebihan seperti minyak, garam dan gula,” katanya di sini semalam.

Katanya lagi, dari sudut ekonomi pula, memilih memasak sendiri lebih menjimatkan wang berbanding membeli juadah berbuka di luar setiap hari.

“Namun begitu, ada situasi di mana membeli makanan di luar boleh menjadi pilihan seperti bagi mereka yang sangat sibuk atau tiada kemudahan memasak. Apa yang penting adalah menjaga niat, mengelakkan pembaziran dan memilih makanan yang halal serta baik,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI