PETALING JAYA – “Sebelum kematiannya, dia dah ajak abang pergi beli barang berbuka puasa. Tak Sampai niat dia tu, nanti abang cerita,” kata usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura berkongsi antara kenangan terakhir bersama arwah isterinya, Akiko Okumura.
Menurutnya, pada masa ini dia terlampau sedih dan meminta diberikan masa serta ruang kepadanya sebelum berkongsi lebih lanjut berhubung perkara berkenaan.
“Untuk hari ni abang terlampau sedih. Bagi abang masa, bagi abang ruang. Terima kasih banyak-banyak atas doa terbaik yang mana mengenali abang, Sky, yang mengenali Akiko.
“Doakan roh isteri abang semoga sampai ke syurga. Sebenarnya banyak abang nak cerita, tapi abang tak ada tenaga, kekuatan abang belum kuat lagi.
“Insya-Allah abang kuat nanti, abang buka ‘live’, abang cerita A to Z apa yang terjadi,” katanya menerusi temu bual dengan sebuah portal berita selepas pengebumian Akiko.
Dalam pada itu, Ridzuan berkata, Akiko ‘pergi’ meninggalkan dunia ini dengan cara yang baik iaitu pada hari Jumaat.
“Dia meninggal tu, abang rasa sangat… dia pergi cara elok, dia pergi hari Jumaat,” ujarnya.
Semalam Kosmo! melaporkan, isteri usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura meninggal dunia.
Berita mengenai kematian wanita itu dimaklumkan sendiri oleh Ridzuan melalui satu hantaran di Instagramnya.
Padangan tersebut dikurniakan seorang anak, Sky atau nama sebenarnya Sky Taizo Okumura. – KOSMO! ONLINE
@mediapenglipurlara Semoga Ridzuan Ridzokumura dan anaknya, Sky tabah menghadapi ujian ini dan redha dengan pemergian Akiko. KREDIT: MSTAR ONLINE #akiko #fyp #beritatiktok #beritaviral ♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang