fbpx

‘Raja pecah rekod’ cemerlang lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUPLANTIS meleburkan rekod dunia miliknya sendiri apabila melakukan catatan baharu pada Kejohanan All Star Perche awal pagi semalam. - AFP

CLERMONT-FERRAND – Armand Duplantis layak bergelar ‘raja’ lompat galah apabila terus mencipta sejarah dengan memecahkan rekod dunia buat kali ke-11 di Kejohanan All Star Perche di Clermont-Ferrand, Perancis.

Atlet Sweden berusia 25 tahun itu hanya memerlukan satu percubaan untuk melewati ketinggian 6.27 meter (m) sekali gus memadam rekod lamanya 6.26m yang dicatatkan di Silesia pada Ogos lalu.

Pada kejohanan tersebut, Duplantis dilihat tenang apabila berjaya melepasi ketinggian 5.65m, 5.91m, 6.02m dan 6.07m dengan mudah sebelum menaikkan palang ke 6.27m untuk cubaan rekod dunia.

Pada kejohanan tersebut, seramai enam atlet berjaya melakukan lompatan 5.91m dan atlet Greece, Emmanouil Karalis muncul di tempat kedua dengan rekod peribadi 6.02m.

Sebagai rekos, semenjak mula mendominasi acara ini pada tahun 2020, Duplantis terus memperbaharui rekod dunia sebanyak satu sentimeter setiap kali.

Dalam tempoh 11 bulan terakhir sahaja, Duplantis terus melakukan kejutan apabila sudah empat kali memecahkan rekodnya sendiri.

Sebelum era Duplantis, rekod dunia dipegang oleh Renaud Lavillenie dari Perancis dengan ketinggian 6.16 meter yang dicatat pada tahun 2014. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI