fbpx

MotoGP: Marquez tempah petak utama di Buriram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ meraih petak pertama selepas melakukan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan GP Thailand semalam. - AFP

BURIRAM, Thailand – Pelumba Sepanyol, Marc Marquez memulakan musim MotoGP 2025 dengan penuh bergaya apabila menempah petak pertama di Grand Prix (GP) Thailand bersama pasukan utama Ducati.

Bekas pelumba Honda tersebut mencatat masa terbaik satu minit 28.782 saat (s) dalam sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Chang untuk mengatasi adiknya, Alex Marquez (Gresini Racing) di petak kedua.

Juara dunia enam kali itu hampir memecahkan rekod pusingan pada percubaan keduanya, tetapi tidak berhasil sejurus bendera kuning susulan kemalangan Marco Bezzecchi dan Joan Mir di Selekoh 3.

Bagaimanapun, catatan awalnya sudah cukup untuk memastikan petak pertama buat dirinya buat kali pertama sejak GP Aragon tahun lalu.

“Saya gembira dapat memulakan dengan cara ini, terutamanya apabila menunggang untuk pasukan utama. Pasti sentiasa ada tekanan, lebih-lebih lagi jika ia adalah pasukan terbaik ketika ini.

“Kami akan cuba memulakan dengan baik, mengekalkan prestasi kerana kami mempunyai rentak perlumbaan yang baik. Seperti yang kita tahu, dalam perlumbaan apa sahaja boleh berlaku, jadi kami perlu beri perhatian kepada setiap butiran kecil,” kata Marquez.

Petak utama tersebut memberi permulaan sempurna buat Marquez yang menyertai pasukan utama Ducati tersebut untuk menggantikan tempat Enea Bastianini.

Sementara itu, juara bertahan, Francesco Bagnaia terpaksa berpuas hati menamatkan sesi kelayakan tersebut di petak ketiga.

Jack Miller dari pasukan satelit Yamaha Pramac bermula cemerlang di barisan kedua dengan menduduki tempat keempat, manakala pelumba rookie Trackhouse, Ai Ogura, muncul pelumba Aprilia terbaik di tempat kelima. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI