fbpx

2.82 tan daging lembu RM25 sekilogram laris dalam tiga jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian orang ramai beratur panjang untuk membeli daging lembu murah anjuran Maidam Property di pekarangan Masjid Padang Nenas, Kuala Nerus hari ini.

KUALA TERENGGANU – Maidam Property yang merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengambil inisiatif menjual kira-kira 2.82 tan metrik daging lembu tempatan segar sempena menjelang Ramadan di tiga buah masjid di daerah ini dan Kuala Nerus hari ini.

Jualan rakyat daging lembu tempatan itu dijual secara serentak di Masjid Tok Ku Tuan Besar di sini dan Masjid Padang Nenas serta Masjid Wakaf Tembusu, Kuala Nerus bermula pukul 9 pagi.

Daging lembu tempatan itu yang dijual pada harga RM25 sekilogram (kg) berbanding RM35 kg di pasaran itu laris dijual dalam tempoh tiga jam sahaja.

Ahli Lembaga Pengarah Maidam Property, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, sebanyak 12 ekor lembu seberat 2.82 tan metrik telah disembelih bagi jualan murah tersebut bertujuan meringankan beban penduduk yang bakal berpuasa esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI