SELAIN cerita mengejutkan tentang Emma Maembong, kemelut antara Imran Bard dengan Ellie Suriaty juga antara yang hangat diperkatakan ketika ini.
Bermula dengan sidang media, kini drama antara mereka semakin berlarutan sehingga ramai individu lain turut menyuarakan pandangan.
Diva pun naik pening dengan isu mereka sebab entah bila nak habis.
Apa pun, baguslah Imran pun dah mohon maaf dan menyuarakan keinginan untuk bertemu dengan Ellie bagi membuktikan keikhlasannya.
Diva harap Ellie sejuk hati dan terbuka untuk berdamai. Tak perlulah turun naik mahkamah, buang masa dan tenaga sahaja nanti.
Harap ada titik penyelesaian dan kedua-dua belah pihak sejuk hati untuk saling berdamai terutama pada bulan Ramadan yang mulia ini.
DIVA: Untung Nadeera sudah ada ‘killer song’. Harap tidak jadi penyanyi one hit wonder lah.