LAMA Diva tak nampak kelibat si cantik Amelia Christie dalam mana-mana naskhah televisyen.
Barangkali masih menanti watak idaman seperti pernah dinyatakan sebelum ini iaitu karakter lebih berat berbanding remaja sekolah yang kerap diterima.
Baru-baru ini, videonya muncul pula dalam For You Page (FYP) TikTok Diva, makin cantik dan berseri-seri.
Paling menarik perhatian Diva ialah video Amelia melakukan selam skuba di dasar laut, lain macam keberanian pelakon ini.
Namun, pastinya kapsyen Amelia mengundang perhatian ramai sehingga ada yang mula mengungkit kembali kisah cintanya dengan Sharnaaz Ahmad. Nampaknya, Amelia yang menyelam, netizen yang ‘lemas’. Lemas menyelami kisah cinta orang.
“The silence after accepting (diam selepas proses menerima),” tulisnya ringkas.
Mungkin disebabkan banyak sangat reaksi negatif, Amelia juga menutup ruangan komen video tersebut.
Apa pun, Diva tahu Amelia pun sudah move on dari kisah lalu dan gembira menikmati kehidupannya hari ini. Jadi, berhentilah kaitkan nama orang lain dalam hidupnya.
DIVA: Tak sanggup nak menonton drama-drama Melayu sepanjang Ramadan ini, semuanya boleh mengundang depresi.