fbpx

Penduduk sambut Ramadan dengan mandi beramai-ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan orang ramai berenang beramai-ramai sehari sebelum mereka mula berpuasa. - TikTok

JAKARTA – Penduduk wilayah Jawa Tengah, Indonesia meraikan bulan Ramadan dengan berenang secara beramai-ramai di kolam atau sungai, lapor portal berita Abatanews semalam. 

Tradisi dinamakan padusan itu dilakukan sehari sebelum mereka mula berpuasa. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @cangkirmu95 memaparkan orang ramai termasuk golongan dewasa dan kanak-kanak berenang di sebuah kolam. 

Suasana itu dirakam di Taman Air Umbul Kemanten, Klaten.

Budayawan Universiti Gadjah Mada, Rudy Wiratama menyifatkan tradisi ini sebagai acara untuk mensucikan diri dari segi zahir mahupun batin menjelang 1 Ramadan. 

“Ia adalah simbol pembersihan diri sebelum menjalani ibadah puasa,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI