fbpx

Rubio mahu Zelensky minta maaf kepada Trump 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRUMP dan Zelensky bertemu di Oval Office, White House semalam. – AFP 

WASHINGTON – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio semalam meminta pemimpin Ukraine, Volodymyr Zelensky meminta maaf kerana berbalah dengan Presiden Donald Trump.

“Zelensky perlu meminta maaf kerana membazirkan masa kami,” kata Rubio kepada saluran berita CNN selepas pertemuan di White House itu bertukar menjadi medan pertengkaran dan meninggikan suara.

Rubio juga mempersoalkan sama ada Zelensky benar-benar mahukan perang Ukraine berakhir.

“Anda mula mendapat persepsi bahawa dia (Zelensky) tidak mahukan perjanjian damai. Dia berkata mahu berdamai tetapi (kebenaran) mungkin sebaliknya,” kata Rubio.

Perbalahan mereka menyaksikan barisan kepimpinan Eropah bergegas menyuarakan sokongan untuk Ukraine.

Zelensky juga diminta meninggalkan White House lebih awal tanpa menandatangani perjanjian ‘perkongsian’ galian yang dianggap sangat  penting dalam perjanjian damai tajaan Washington tersebut. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI