fbpx

Mayat lelaki tidak sempurna dipercayai dibaham buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki ditemui tidak sempurna dipercayai dibaham buaya dalam kejadian di sungai Kampung Sungai Batang Baru, Batu 10 semalam. - Ihsan Bomba

SANDAKAN – Mayat seorang lelaki ditemui tidak sempurna dipercayai dibaham buaya dalam kejadian di sungai Kampung Sungai Batang Baru, Batu 10 semalam.

Mangsa Ramli Mohd Isa, 50, ditemui pada pukul 8.44 pagi oleh orang awam ketika membantu melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, mayat lelaki terbabit ditemukan pada jarak 400 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Operasi keseluruhan ditamatkan pada pukul 9.34 pagi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, mangsa dikatakan sedang menabur baja ke dalam sungai untuk memulakan aktiviti merambat ikan sebelum disambar reptilia berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI